Perubahan kedudukan Belantik Belantik_(buruj)

Oleh sebab Belantik terletak di khatulistiwa samawi iaitu unjuran khatulistiwa Bumi di angkasa, buruj ini boleh dilihat dari mana-mana tempat di hemisfera utara dan selatan. Namun, kedudukannya berubah dengan berubahnya arah pandangan tadi, menyebabkan timbul pelbagai mitos dan nama untuknya. Di sepanjang khatulistiwa, buruj ini kelihatan "terbaring" yakni dalam kedudukan landskap manakala di hemisfera utara, buruj ini kelihatan tegak (kedudukan potret) dengan Bintang Tiga Beradik condong ke kanan atas. Di hemisfera selatan (contohnya Australia), buruj ini kelihatan sebaliknya iaitu "tertonggeng" (terbalik atas bawah).

Rujukan

WikiPedia: Belantik_(buruj) http://160.114.99.91/astrojan/orion.htm http://museumvictoria.com.au/DiscoveryCentre/Infos... http://www.allthesky.com/constellations/orion/ http://www.constellation-guide.com/constellation-l... http://www.constellationsofwords.com/Constellation... http://blog.deepskycolors.com/archive/2010/10/22/o... http://www.ianridpath.com/startales/orion.htm http://old.orionsarm.com/galactography/views_of_Or... http://www.universetoday.com/100383/beautiful-astr... http://apod.nasa.gov/apod/ap101023.html